Kenapa Penunggang Motosikal Suka Buat Begitu?

Setiap hari semasa saya dalam perjalanan ke pejabat, saya pasti berhenti di traffic light. Sebab saya memandu kereta, maka saya secara automatik akan memberhentikan kereta ketika lampu bertukar merah dari oren. Sebab utama saya berbuat demikian adalah kerana mengikut logik dan apa yang kita belajar semasa kecil dulu, lampu merah adalah untuk berhenti, lampu oren adalah untuk membuat persediaan untuk berhenti, manakala lampu hijau pula adalah untuk meneruskan perjalanan melalui traffic light tu..

Namun begitu, peraturan ini mungkin juga tidak dapat diapply kepada para penunggang motosikal kerana daripada pemerhatian saya, lampu merah pun mereka boleh jalan lagi. Lampu hijau pula adalah untuk memecut motosikal mereka. Perasan tak perkara ni? Saya pun tak tahulah undang-undang sekolah memandu mana mereka sudah belajar, ataupun mungkinkah tak belajar tapi terus ambil test saja, itu saya pun tak tau, tapi, mengapa mereka suka buat begitu?

Mana jatidiri mereka? Mana maruah mereka di jalanraya. Mujurlah hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian kerana mereka kepala batu, jatuh tak pecah, tapi tolong ingat di dalam hati, ada insan yang sedang menunggu mereka di rumah, kalau pun bukan orang yang tersayang, ibu bapa menunggu mereka di rumah. Minta jasa baik para penunggung motosikal yang suka mencelah-celah, suka melanggar lampu merah memikirkan bahawa peluang untuk hidup di dunia ini hanya sekali sahaja, tidak dua kali, tiga kali atau banyak kali yang membolehkan mereka menjadi penunggung yang tidak bertanggungjawab di atas jalanraya.

Jadi, sama-samalah kita berhati-hati di jalanraya. Jalanraya bukanlah tempat untuk bermain.. :)

0 comments:

Post a Comment

My Instagram