Kita Boleh Menjadi Apa Sahaja, Asalkan Kita MAHU!


Kebanyakan daripada kita memang mengikuti rasa malas kerana berfikir bahawa tiada apa yang hendak terlalu dikejarkan di dalam hidup ini. Mengikuti rasa itu sememangnya membuatkan kita selesa kerana tidak perlu berusaha lebih dan bekerja lebih kuat. Seperti menulis entri terkini di blog, jika kita mempunyai idea yang hendak dikongsikan tetapi berasa malas untuk menaip, itu lebih selesa. Namun kesannya daripada melayani rasa malas itu ialah, kita tidak memperolehi apa yang kita mahukan!

Jadi, secara mudahnya, untuk mencapai suatu matlamat yang kita tetapkan, kita hendaklah membuang rasa malas itu! Dengan segera! Ya, dengan segera! Sekiranya kita bermatlamat untuk kurus, maka jangan pula kita malas untuk melakukan senaman. Jika kita ingin menyiapkan assignment sebelum tarikh akhir menghantarnya kepada pensyarah kita, maka jangan malas untuk mengusahakannya! Atau jika kita ingin hubungan dengan suami atau isteri kita berada dalam keadaan yang baik, usah malas untuk mengusahakannya!

Hidup kita ini hanya berdasarkan MAHU atau TIDAK MAHU sahaja. Jika kita mempunyai sumber yang cukup untuk menghasilkan sesuatu, tetapi hati kita malas atau TIDAK MAHU mencapai matlamat yang kita telah tetapkan, maka sia-sialah sumber yang kita miliki itu.

Renung-renungkan..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram