Syukur Alhamdulillah, buku saya yang bertajuk Siapa Kita 10 Tahun Lagi? yang telah dipilih oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) beberapa bulan lepas telahpun selamat dihantar ke 1099 buah perpustakaan desa di seluruh negara. Saya memang sengaja tidak menghebahkan pemilihan tersebut daripada saat saya menerima surat tawaran daripada PNM kerana bukanlah satu perkara yang patut dihebah-hebahkan kepada umum mengenai pemilihan tersebut. Saya hanya update Facebook saya pada hari buku-buku saya dihantar oleh penerbit Must Read Sdn Bhd ke loading bay Perpustakaan Negara Malaysia pada 31 Julai yang lalu.
Semoga semua perpustakaan desa yang menerima buku saya itu mendapat manfaat daripada isi kandungan buku motivasi masa depan Siapa Kita 10 Tahun Lagi? itu, insya Allah!
0 comments:
Post a Comment