Sabtu Bukanlah Hari Untuk Membaiki Kereta


Saya telah merancang untuk membaiki kereta Kancil Turbo saya di bengkel-bengkel yang saya biasa kunjungi pada hari ini, Sabtu.. Namun akhirnya saya terpaksa pulang hampa disebabkan pada hari Sabtu adalah hari di mana ramai pemilik kereta turut menghantar kereta mereka untuk diperbaiki seawal pagi lagi.

Saya hanya dapat memperbetulkan jajaran (alignment) tayar sahaja. Rancangan awal untuk menukar pam brek (servo), drive shaft dan pendawaian tidak kesampaian kerana bengkel-bengkel yang saya hendak kunjungi dipenuhi kereta dengan pelbagai perkara yang hendak diperbetulkan. Saya pulang dengan pesanan oleh pekerja-pekerja bengkel supaya datang semula pada hari Isnin yang tentunya tidak dapat saya lakukan kerana Isnin adalah hari bekerja.

Pesanan saya, cuti yang kita perolehi untuk setahun janganlah dibazirkan dengan sesuka hati melainkan sekiranya ada hal yang mendesak, kerana kita juga perlu menyediakan hari-hari untuk kereta juga. Disebabkan hujung minggu bukanlah hari yang sesuai untuk membaiki kereta, akhirnya kita terpaksa juga ke bengkel pada hari bekerja.

Sent by Maxis from my BlackBerry Torch 9810® smartphone

0 comments:

Post a Comment

My Instagram