Selepas Sekian Lama

Selepas sekian lama, aku kembali membuka dan membelek blog yang sudah bersawang selama 6 tahun ini. Banyak kejadian dan peristiwa yang berlaku selama tidak menulis di blog ini. Sebab selama ini hanya fokus di laman sosial yang lain terutamanya Facebook dan Instagram, jadi aku tidak membelek Blogspot.

Sejak setahun yang lalu, dunia memang terkesan dengan pademik yang melanda. Semua orang terasa susahnya kecuali mereka yang memang berduit dan mampu bertahan dengan duit dan kemampuan yang ada. Yang kais pagi makan pagi, memang sengsara rasanya, kecuali mereka yang sentiasa bersabar dan percaya akan ada sinar di hujung terowong.

Selepas sekian lama, aku kembali ke blog ini. Barangkali aku mulai bosan dengan laman sosial yang lain ataupun usia sudahpun menginjak ke angka 44 tahun, mungkin kerinduan pada blog ini muncul semula. Atau mungkin juga sebab kesukaan lamaku iaitu menulis kembali muncul, maka aku pun membuka semula laman blogspot ini. Sudah 8 tahun aku tidak menghasilkan buku baru... :(

In shaa Allah, aku akan kembali ke ruangan blog ini. Untuk mencoretkan apa yang terlintas di hati kerana mungkin ada yang ternanti-nanti tulisanku selepas enam tahun..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram