Kesihatan oh Kesihatan

Aku pernah sakit dulu sekitar 3 tahun lepas iaitu 2021. Pada masa itu dikatakan meninggalkan dunia ini kerana sakit yang agak teruk akibat kuman tanah. Aku ditidurkan selama 3 hari kerana menjalani pembedahan membuang air kuman di lutut. Apabila bangun tersedar aku lupa nama ku sendiri. Pada masa itu ramai yang terkena covid-19 tetapi mujurlah aku tidak terkena penyakit itu. Alhamdulillah.

Lantaran dari penyakit yang melanda itu, aku tidak boleh duduk untuk bersolat melainkan hanya duduk di atas kerusi, sampailah sekarang. Dan akibat dari itu juga, kadangkala tekanan darahku pernah naik mendadak sehingga 180 dan kadangkala turun sampai ke 118. Alu pun tidak tahu kenapa ia boleh naik, jadi aku jaga sajalah agar ia tidak naik tinggi begitu.

Aku sudah tidaklah seperti zaman mudaku. Lantaran usia yang bakal menjengah 50 tahun lagi 2 tahun, aku kadangkala malas nak fikirkan mengenai peningkatan usia melainkan buat amal ibadat dan jaga kesihatan agar tidak 'terbabas' teruk sangat. Dulu masa di hospital selama 2 bulan 4 hari, aku pernah diserang penyakit lupa, darah yang terlalu rendah sehingga 88 (atas), berat badan susut sehingga 58kg dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Alhamdulillah aku managed.

Apa yang aku boleh lakukan sekarang ialah meneruskan hidup..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram