Tahanlah Hatimu

Telah ditentukan bahawa di dunia ini, kita tidak mungkin boleh mendapat segala yang kita inginkan. Kita perlu menahan hati kita. Kita perlu bersabar sehingga kita boleh mendapat apa yang kita inginkan. Dan jika kita masih juga tidak boleh mendapatkannya, kita perlu memujuk hati kita.



Lebih-lebih lagi sekiranya apa yang kita inginkan itu melibatkan orang lain, samada memerlukan pertolongan dan bantuan daripada orang lain, tentu sekali kita tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi dan tidak boleh berputus asa sekiranya hasrat kita tidak tercapai. Barangkali, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Dan kita mesti menahan hati.



Janganlah kita berasa kecewa lebih-lebih lagi kehidupan kita ini bukanlah untuk dipenuhi dengan kekecewaan yang mungkin boleh memudaratkan fisiologi dan psokologi kita sendiri. Ukirkanlah senyuman dan cuba sedaya upaya untuk melupakan kekecewaan. Barangkali Allah SWT mahu memberikan sesuatu yang lebih baik, mana tahu, kan? Hidup ini perlu diisi dengan kegembiraan!



Senyum selalu dan bahagiakanlah hati anda! :-)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram