Saya amat sukakan cermin. Sejak remaja saya suka melihat diri saya menggunakan cermin. Saya berlatih mendeklamasi sajak semasa di zaman sekolah dulu dengan memandang cermin. Apabila saya memiliki kereta, perkara yang saya suka juga adalah cermin.
Cermin di kereta amat diperlukan oleh saya bagi tujuan keselamatan. Saya pernah mencadangkan kepada seorang rakan mengenai kepentingan meletakkan cermin 'titik buta' di cermin sisi kereta beliau namun beliau enggan meletakkannya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk kereta beliau itu, namun pandangan saya mengenai cermin yang kecil-kecil itu adalah ianya sangat berguna untuk pemanduan saya walaupun ia nampak sedikit 'berlebih'.
Lihat sahaja foto cermin sisi kereta saya yang saya lampirkan diatas. Semua cermin kecil itu membantu saya sebaik mungkin kerana dengan cermin-cermin tersebut, saya boleh melihat garisan tempat letak kereta, kereta yang disebelah saya (yang mungkin saya tidak dapat lihat) dan saya juga dapat melihat garis di belakang petak letak kereta! Cermin tambahan ini adalah cermin-cermin yang biasanya diletakkan di MPV bersaiz sederhana dan besar seperti Toyota Estima dan Toyota Velfire, namun bagi saya, MPV bersaiz kecil seperti Perodua Alza juga boleh meletakkan cermin-cermin seperti ini.
Jika anda inginkan keselamatan tambahan, anda boleh sahaja menambah cermin-cermin seperti ini. Bagi saya, kereta bukanlah tempat untuk tujuan yang lain, melainkan ia adalah hanya sebuah BESI YANG BOLEH BERGERAK. Jadi, keselamatan adalah prioriti. Bagi guru sekolah memandu yang mengajar saya memandu suatu ketika dulu, perkara paling penting untuk sesebuah kenderaan ialah brek, kerana ia berkaitan dengan keselamatan, bukannya kerusi empuk berslut kulit, ekzos yang besar atau kit badan kereta yang menawan.
Tepuk dada, tanyalah selera!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 comments:
Post a Comment