Salam Cemerlang,
Ingatlah dalam hati selalu bahawa satu hari nanti kita akan tua.. Pandang terus ke usia 55 tahun, 65 tahun, 75 tahun atau jika dipanjangkan usia, ke usia 90 tahun.. Kita tidak selamanya tersangkut di usia sekarang!
Maka fikirkan apa persediaan untuk usia tua kita nanti.. Adakah kita akan menjadi seorang yang papa kedana tiada wang yang cukup di dalam kocek? Kerana pada masa itu kita mungkin tidak dibenarkan untuk bekerja lagi.. Dan adakah kita mahu menyusahkan anak-anak kita dengan meminta duit atau membuatkan mereka terpaksa memberikan duit bulanan?
Jadikan diri kita berduit pada usia tua dengan beringat-ingat pada masa sekarang dan lakukan sesuatu sebelum usia kita semakin meningkat..!
0 comments:
Post a Comment