Salam Cemerlang,
Kita sebenarnya adalah insan yang memiliki kemampuan sama seperti orang lain. Jika orang lain boleh maju, kita juga boleh maju. Jika orang lain boleh jadi kaya, kita pun semestinya boleh jadi kaya. Jika orang lain boleh cemerlang di pejabat, kita juga pun boleh!
Perbezaan antara kita dengan orang lain yang sudah berjaya ialah samada kita BERKEHENDAK atau TIDAK BERKEHENDAK sahaja! Jika kita mempunya kehendak untuk menyamai pencapaian orang lain, in sha Allah kita akan laksanakan pelbagai tindakan untuk mencapai pencapaian orang lain itu. Jika nasib dianggap tidak menyebelahi kita, kita langgar sahaja tembok nasib itu dan cipta nasib sendiri, dengan cara teruskan berlari walaupun dibentes. Jika terjatuh, kita bangun semula untuk meneruskan larian. Semua itu ada ditulis di dalam buku Siapa Kita 10 Tahun Lagi?
Bukan nak berfikiran negatif, tetapi sekiranya kita tidak BERKEHENDAK, maka apa yang kita angan-angankan akan tinggal angan-angan sahaja di dalam minda. Nak tak nak, kita kena angkat tulang empat kerat, usahakan sehingga berjaya apa yang kita nak capai!
Boleh Tuan-tuan dan Puan-puan serta Cikpuan sekalian? Kita boleh!
0 comments:
Post a Comment