Salam Cemerlang!
Saya pernah membaca satu kenyataan mengenai sedekah yang berbunyi "kalau nak lebih kaya, maka bersedekahlah.."
Barangkali bagi sesetengah orang yang sudah banyak bersedekah dan memang betul menjadi kaya, itulah kefahaman mereka. Barangkali.. Saya tidak berani hendak memberikan komen kerana kita tidaklah tahu sanubari orang lain dan rezeki orang lain yang melimpah ruah..
Cuma bagi saya, sedekah HANYALAH untuk bagi Allah suka dan redha kepada kita sahaja, bab rezeki melimpah ruah itu, Allah punya kuasalah nak bagi banyak mana.. Kita sebagai hambaNya mempunyai tugas untuk mensyukuri nikmat yang banyak atau sederhana itu.. Wallahu'alam..
Saya cuma risaukan amalan sedekah ini akan menjadi budaya sahaja, atau dengan niat lain untuk menjadi lebih kaya, sedangkan bersedekah adalah untuk membantu orang lain yang lebih susah.. Persepsi untuk lebih kaya dengan bersedekah itu haruslah diubah.. Kerana ia bagaikan memaksa Allah untuk menambahkan kekayaan kita. "Ya Allah, aku dah bersedekah ni, bagilah aku kaya!" Tak patutlah begitu.. Berbaik sangkalah dengan Allah sentiasa setiap saat..
Sekadar pandangan daripada musafir masa ini, Amay Hamidi..
0 comments:
Post a Comment