TAKUT BERBUAT SILAP?

Salam Cemerlang!

Pernahkah di suatu ketika, kita berasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan?

Contohnya, "menyesalnya aku main basikal, duit banyak dah habis, baik main kamera.."

Contohnyalah.. PENAFIAN : Saya tiada menyesal bermain basikal, masih mempunyai basikal dan kamera di rumah, :) Alhamdulillah..

Tetapi penyesalan kita barangkali bersebab. Kita menginsafi kesilapan kita kerana barangkali kita tidak mempunyai cukup ilmu sebelum meneruskan perlakukan, perbuatan, pilihan dan sebagainya yang telah kita buat.. Dan ia tidak memberi keuntungan sangat kepada kita.. Kita telah TERSILAP membuat pilihan..

Sebenarnya, ia adalah satu perjalanan KEHIDUPAN untuk kita menimba pengalaman.. Pengalaman itu walaupun tersilap, kita belajar daripadanya untuk memperbetulkan kesilapan itu.. 

Seperti seorang lepasan SPM yang menyesali kerana tidak belajar bersungguh-sungguh, kerana hanya mendapat 5A dan 4B sedangkan kalau dia belajar bersungguh-sungguh, ada kemungkinan dia boleh mendapat keputusan 9A..

Yang menjadi KESALAHAN ialah, KITA TAHU KITA TERSILAP, TETAPI KITA MASIH LAGI DALAM KESILAPAN TERSEBUT TANPA MAHU MENGUBAHNYA..

Yang BETUL ialah, KITA TAHU DAN MENYESALI KITA TERSILAP, LANTAS KITA CEPAT-CEPAT TARIK SAUH DAN BERKAYUH KE JALAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN KESILAPAN KITA..

Sebenarnya, KITA TIDAK PERLU TAKUT KALAU KITA TERBUAT SILAP, IA ADALAH PROSES PEMBELAJARAN KEHIDUPAN, DENGAN SYARAT, KITA PERBETULKAN KESILAPAN YANG TELAH KITA BUAT SEBERAPA SEGERA YANG MUNGKIN, AGAR IA TIDAK MELARAT DAN MEMBERI KESAN KEPADA PERKARA LAIN...

0 comments:

Post a Comment

My Instagram