Adakah Blog Milik Anda itu Bermanfaat atau Melalaikan?

Salam Cemerlang!

Zaman muda anda kini digembar-gemburkan dalam blog anda sendiri sambil para pembaca lain amat terpesona dengan kehidupan zaman muda, namun adakah ianya sesuatu yang BERMANFAAT atau MELALAIKAN..? Maksudnya, adakah blog anda itu sebuah blog yang BERMANFAAT KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA ATAU ANDA MENYEBABKAN MANUSIA MENJADI LALAI?

Anak-anak muda yang sedang bermain-main dan leka dengan era atau tempoh masa remaja yang amat mengasyikkan, maka ingatlah bahawa 10, 20, 30 tahun lagi adalah detik yang tidak akan sama dengan keseronokan sekarang. Anda perlu tahu bahawa kehidupan ini bukanlah semudah yang disangka. Adakah anda hanya 'react' kepada keadaan yang akan anda tempuhi pada masa depan atau anda akan memikirkan masa depan anda itu, sekarang?

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."

Surah Al-Ankabut ayat 64

0 comments:

Post a Comment

My Instagram