Orang Lain Berniaga, Kita Pun Nak Berniaga?

Salam Cemerlang,

Ramai diantara kita yang mahu quit job dan memulakan perniagaan.. Namun adakah kita memiliki ilmu asas mengenai perniagaan yang ingin kita ceburi? Dan yang paling penting sekali ialah, apakah niat sebenar kita untuk menjalankan perniagaan?

Nak kerja relax? Nak hidup senang?

Saya sendiri mendapati bahawa kerja lama saya sebagai Ketua Pustakawan lebih relax daripada hendak menyediakan kertas kerja dan proposal yang banyak.. Menjalankan perniagaan sendiri sebenarnya tidak relax. Itu baru menjalankan perkhidmatan konsultansi, belum lagi menjalankan perniagaan kedai runcit yang lebih rumit atau berniaga makanan yang lebih memenatkan.. Pelanggan adalah fokus sebenar, memenuhi keperluan mereka..

Muamalah itu lebih penting daripada berniat hendak menjadi kaya dan kerja mudah.. Ia adalah sebaliknya.. Cuba kita lihat para billionaire yang sudah berusia melepasi usia pencen tetapi masih berminat untuk bekerja dan waktu bekerja pula bukanlah 9-5 seperti bekerja di pejabat..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram