Salam Cemerlang,
Salah satu sikap yang optimis tanpa ragu ialah apabila kita lihat perniagaan burger!
Cuba kita fikirkan sebentar..
Kita kadangkala mencipta juga tembok yang menghalang diri kita sendiri daripada melangkah.. Kita yang bina, bukan orang lain yang bina tau.. Kenapa?
Saya pernah terfikir, mengapa 'orang kita' berniaga burger waktu malam sahaja? Tidak waktu siang? Barangkali, orang ramai makan burger waktu malam sahaja.. Iaitu lepas pulang kerja. Siang tak makan burger, siang orang makan nasi!
Ok...
Mengapa restoran makanan segera yang banyak-banyak tu mula menjual burger pada jam 11 pagi? Paling dahsyat, makanan yang seakan burger dijual seawal 4 pagi!
Saya terfikir perkara ini semasa saya bekerja di Bank Muamalat 10 tahun lepas, iaitu pada tahun 2003. Masa itu saya bekerja sebagai Training Executive (kiranya saya kenal bidang training ni sejak 10 tahun lepas lah, hehe).. Saya selalu makan tengahari di sebelah Mydin Jalan Masjid India.. Kalau anda selalu ke sana, anda akan nampak sebuah gerai burger yang beroperasi waktu siang..
Kalaupun ramai peniaga burger menjalankan perniagaan burger secara sambilan dan hanya menjalankan perniagaan tersebut pada waktu malam secara part time, yang full time tu boleh lah menjalankannya seawal 1 tengahari.. Ini adalah extra mile, usah berasa pelik pula..
Restoran makanan segera menjual burger around the clock, tetapi optimis mereka itu memungkinkan pendapatan mereka around the clock juga, bukan sekadar dari jam 5 sehingga 12 malam sahaja.. Jual burger saja pun.. Rasanya burger lebih baik daripada nasi kerana nasi lah yang banyak membuatkan orang kena diebetes, berbanding gula..
Photo kredit kepada : http://www.burgerbusiness.com/
0 comments:
Post a Comment