Elakkan Rat Race!


Salam Cemerlang!


Kadangkala kita rasakan yang kita sudah melakukan sehabis mungkin usaha kita untuk mengusahakan sesuatu, tetapi hasil yang diperolehi tidak juga memuaskan hati. Lantas ada rakan kita yang mengatakan kepada kita bahawa usaha kita masih tidak cukup dan menggesa kita agar berusaha lagi.. Kita lantas tertanya, usaha sampai ke tahap mana? Usaha sampai ke langit?


Jika kita berusaha sampai ke langit, tentunya kita akan menganggap bahawa masa kita dipenuhi dengan usaha sedangkan hasilnya tetap tidak memberangsangkan.. Kita rasakan seperti kita berlumba dalam perlumbaan tikus (rat race). Ia tiada hentinya. Ia bagaikan membuatkan kita bersaing dengan orang lain yang sama-sama berlumba. Lantas kita keletihan..

Saya mempunyai dua solusi terhadap perlumbaan tikus dan terkejar-kejar akan kekayaan tanpa henti sehingga letih. Dua solusi itu ialah:

1. Fikirkan 20% Solusi untuk hasil sebanyak 80% (iaitu selepas kita memikirkan solusi. Ingat, usah fokus pada masalah, fokus kepada solusi)

2. Berkolaborasi atau mengupah orang lain. 

20% solusi yang menghasilkan 80% hasil adalah yang terbaik untuk mengelakkan kita terkejar ke sana sini untuk mengejar kekayaan. Fokus terhadap solusi adalah penting supaya kita tidak ke kiri dan ke kanan kepada perkara lain.. Bayangkan juga jika kita keluarkan modal sebanyak RM20 sahaja tetapi hasil keuntungan yang kita perolehi adalah RM80!

Berkolaborasi juga boleh memberikan keuntungan. Berkolaborasi bermaksud berkongsi kerja (dan hasil) daripada perkongsian bijak dengan orang lain. Untuk membangunkan industri, kita tidak boleh terkapai-kapai keseorang dalam mencari hasil. Kita kongsikan dengan orang lain dan hasilnya kita bahagikan sama rata.. Mengupah orang lain untuk membuat kerja untuk kita sambil memberikan peratus bahagian orang lain itu adalah kaedah yang mudah untuk melebarkan sayap empayar kita..

Sekadar terfikir pada petang ini berdasarkan perkongsian ilmu dengan bos-bos lama saya.. 

0 comments:

Post a Comment

My Instagram