Salam Cemerlang!
Apabila kita melihat seorang atau sekumpulan remaja di kawasan Lot 10 atau The Pavilion dengan pakaian remaja moden Kuala Lumpur berbual dan begitu mesra walaupun berlainan dengan rakan berlainan gender, sesetengah daripada kita mungkin.. mungkin ya, mencebik dan melahirkan dalam hati satu perasaan 'meluat' dengan perlakuan mereka itu. Ia bagaikan satu perbuatan menjatuhkan hukum sebelum di'soal-siasat' para remaja itu.
Mungkin juga sesetengah daripada kita pula yang berasa simpati dengan mereka, akibat daripada kekurangan 'ambil tahu' ibubapa remaja tersebut, mereka jadi begitu. Betapa tidak, kalau mereka diambil tahu, diberikan didikan agama yang cukup dan disiplinkan seperti menghantar anak-anak ke tahfiz dan bercampur gaul dengan sahabat-sahabat yang setiap hari menghafaz Al-Quran dan berserban, mungkin mereka tidaklah hanyut bergelak ketawa di dua buah pusat beli belah tersebut..
Saya dulu para tahun-tahun 96-97 juga selalu ke kawasan Lot 10, melihat budak-budak sebaya bermain skateboard di 'Bulat-Bulat' (depan deretan restoran Arab sebelah Lot 10), sesekali saya juga berskateboard di Lebuh Ampang walaupun bukanlah reti main sangat pun, mengenali para remaja yang datang dari pelbagai jenis kisah dan pelbagai ragam keluarga, namun Alhamdulillah, saya adalah saya.. Pengalaman hitam kehidupan mereka tidak terpalit mempengaruhi kehidupan saya pula..
Remaja perlu tulus pada diri sendiri. Ada yang dulu bersekolah agama tetapi selepas meninggalkan sekolah agama, mereka tidak menjadi seperti yang diharapkan ke atas para lulusan sekolah agama. Ada yang dari lulusan sekolah biasa tetapi peribadi mereka lebih baik daripada lulusan sekolah agama.. Yang penting ketulusan pada diri sendiri boleh menjadi benteng kekuatan dalaman yang boleh membentuk peribadi unggul biarpun dikelilingi oleh remaja merokok, kaki gaduh, kaki wanita dan sebagainya..
Hati kena kuat.. Iman kena dipertingkatkan..
0 comments:
Post a Comment