Cuba bayangkan kita pada masa depan, seorang pengurus yang cemerlang, atau seorang pekedai runcit yang cemerlang, atau pemilik restoran yang cemerlang. Cemerlang dalam erti kata berada di tahap yang agak tinggi dan dihormati serta mampu memberi manfaat kepada ramai orang. Cuba bayangkan sekarang..
Tentu sahaja kita dapat membayangkan keadaan kita yang cemerlang pada masa depan, sebagai contoh, 10 tahun lagi. Kita benar-benar ingin mencapainya. Kita inginkan kerana ia adalah nilai terbaik yang kita ingin capai. Ia juga boleh dijadikan contoh terbaik kepada anak cucu kita.
Jadi, jika kita benar-benar inginkannya, maka dapatkanlah ia! Mulakan langkah daripada sekarang! Usah tunggu sehingga kita menjengah ke tahun 2024 (in sha Allah kita dipanjangkan usia) kemudian kita baru hendak bermula, mungkin pada masa itu kita akan berasa penyesalan yang berpanjangan. Biar kita menyesal sekarang kerana terpaksa melakukan pelbagai tindakan, daripada kita menyesal pada tahun 2024 yang tiada gunanya lagi..
0 comments:
Post a Comment