Hubungkaitkan Sesuatu Maklumat!

Salam Cemerlang,

Para pelajar yang dikasihi sekalian. Salah satu kaedah berkesan untuk anda melakukan kaedah BELAJAR CEMERLANG di dalam pelajaran anda sehari-hari ialah dengan menghubungkaitkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain.

Mengapa perlu berbuat begitu?

Dengan menghubungkaitkan beberapa maklumat, ia akan jadi ilmu yang berguna kepada anda. Anda dapat memahami sesuatu maklumat yang telah dipakejkan kerana didalamnya terkandung sesuatu perkara yang  memberi pemahaman mengenai sesuatu susur galur, proses, perjalanan, hubungkait dan sebagainya.

Tentunya anda akan lebih faham sesuatu fakta sejarah, sebagai contoh, jika anda menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan dengan sesuatu peristiwa lain yang berlaku pada masa lalu selain daripada hanya menghafal fakta-fakta atau tarikh-tarikh satu persatu.

Hubungkaitkan juga sesuatu peristiwa yang menjadi sejarah dengan sesuatu perkara yang berlaku pada masa kini agar ianya menjadi lebih bernilai berbanding terus meninggalkan sesuatu kisah atau perkara sejarah itu pada masa lepas.

Informasi terlalu banyak, ia juga sudah meletus. Tentunya kita perlu mengutipnya, melakukan kajian, menghubungkaitkannya dan menjadikan ianya sesuatu ilmu yang bernilai.

Ikhlas,
Hamirudin Hamidi

0 comments:

Post a Comment

My Instagram