Kita Boleh Berubah dan Mengubah!

Salam Cemerlang!

Jika anda merasakan diri anda 'kutu' yang tiada peluang yang cerah pada waktu ini, ingatlah bahawa anda sentiasa mempunyai peluang untuk buat 'turning' secepat yang mungkin. Anda boleh berjaya pada masa depan dengan syarat anda berubah kepada yang lebih baik mulai sekarang. Mulai sekarang! Bukan mulai minggu depan atau tahun depan, tetapi mulai sekarang!

'Sub-syarat' untuk memulai itu satu saja, 'kehendak yang kuat'. Makna kehendak yang kuat itu ialah keinginan yang meluap-luap untuk menjadi 'seseorang' pada masa depan..

'Sub-syarat' untuk kehendak yang kuat itu pula ialah 'mempunyai matlamat masa depan yang jelas'.. Apa yang kita hendak jadi 10 tahun lagi? Siapa Kita 10 Tahun Lagi?​ Di mana kita 10 tahun lagi? Adakah kita sama saja seperti sekarang 10 tahun lagi atau ada peningkatan dalam pencapaian yang kita sasarkan? Mampukah kita dari segi kewangan dan kesihatan pada tahun 2025 nanti?

Saya mengutarakan hal ini kerana saya bertemu kembali seorang sahabat baik saya yang saya kenali sejak 18 tahun lalu yang juga berjaya dalam kerjaya beliau sekarang, menyatakan kepada saya bahawa "dulu-dulu kita ni macam kutu saja, tengok sekarang.."

Sesungguhnya takdir Allah dan usaha kita memang mencantikkan kehidupan kita yang penuh manfaat..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram