Kadangkala terasa juga kehilangan rakan-rakan semasa di pengajian dulu. Masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. Masing-masing sibuk dengan karier yang semakin hebat. Masing-masing sudah berada di puncak kerjaya.
5 tahun dulu saya sudah berada di jawatan Head of Library di sebuah GLC terkemuka. Kemudiannya saya berhijrah ke GLC yang lain dan walaupun bertaraf ketua unit perpustakaan, saya report duty kepada manager, tidak seperti di GLC sebelumnya dimana saya boleh membuat keputusan.
Akhirnya saya ikut juga passion saya dalam bidang training dan keluar dari jawatan atasan yang dihormati itu. Saya tidak lagi setaraf dengan rakan-rakan sekuliah dulu yang kini rata-ratanya menjadi ketua jabatan perpustakaan kerana saya hanya bekerja sendiri.. Kerja kerani saya buat. Kerja marketing saya buat. Juga memotivasikan pelajar pun saya buat. One man operation.
Saya memberitahu kepada diri sendiri bahawa saya kena jadi pejuang. Saya tidak boleh berasa sedih kalau kawan-kawan sekuliah dulu sudah tidak memandang saya lagi. Saya berjuang dalam bidang yang baru sejak 4 tahun lepas dan bukan lagi dalam bidang kepustakawanan. Benar, saya berasa agak sunyi.. :(
0 comments:
Post a Comment