Saya mengenali bos kepada isteri saya kerana saya selalu berada di pejabat isteri saya. Bos isteri saya itu sama usianya dengan isteri saya dan muda setahun dari saya. Tidak mengapalah kerana kalau sebaya atau dekat-dekat umur ni memang mesra. Bos isteri saya ni namanya Asmady, dan saya memanggil beliau dengan nama Asmady juga. Beliau memang kuat bekerja sejak dilantik ke jawatan Head of Department. Beliau dilantik ke jawatan itu kerana disukai dan dibai’ah oleh semua pensyarah. Asmady memang seorang yang baik, peramah dan mudah menolong. Tidak berat tulang dan suka membantu. Beliau juga disukai oleh hampir keseluruhan pensyarah..Beliau juga agak warak dan sentiasa merendah diri. Saya detect pun dari 3 tanda di dahinya yang gelap itu..
Boleh dikatakan beliau juga baik dengan saya. Beliau juga baik dengan suami kawan kepada isteri saya. Asmady orang Kelantan, dan dia juga rajin balik menjenguk keluarganya di sana dengan menaiki pesawat Air Asia. Baru-baru ini beliau bercadang untuk menjenguk neneknya di Kelantan yang saban hari merindui Asmady. Beliau telahpun mengambil cuti selama 5 hari pada untuk pulang ke kampung pada penghujung bulan lepas kalau tak silap saya. Tetapi belum pun hujung bulan, neneknya telahpun kembali ke rahmatullah pada pertengahan bulan tanpa sempat Asmady menjenguknya. Asmady amat sedih mengenangkan peristiwa itu. Dia pulang juga ke kampung tetapi mengadap neneknya yang sudahpun pergi.
Baru semalam saya melambai tangan kepada beliau. Ketika itu beliau sedang berteduh di pondok pengawal. Petang semalam kan hujan lebat. Mungkin beliau menunggu hujan reda. Saya yang setiap hari mengambil isteri saya, ternampak beliau melambai. Biasanya yang melambai saya di situ adalah para pengawal, tetapi kerana Asmady yang berada di situ dan melambai tangan kepada saya, saya melambai kembali kepada beliau dari dalam kereta sehingga muka dan badan saya menoleh ke belakang sampailah saya puas hati melambai kepada beliau. Begitu akrabnya Asmady walaupun dengan suami kepada pensyarah yang berada di bawah seliaannya..
Baru sebentar tadi isteri saya menelefon saya. Tersekat-sekat sahaja suara isteri saya. Isteri saya bertanyakan adakah saya sudah menghubungi babysitter kami bahawa kami mungkin balik lambat dan mungkin sampai di rumah pada pukul 7 malam. Pagi tadi, babysitter kami ada memberitahu bahawa beliau ingin pergi melawat saudaranya di hospital dan meminta pertolongan adik saya mengambil anak saya daripadanya. Memandangkan adik saya sudahpun mula belajar di kolej, saya berasakan bahawa sukar juga untuk adik saya berkejar-kejar pulang untuk mengambil anak saya lebih awal pada pukul 5. Saya katakan kepada isteri saya bahawa saya belum menghubungi babysitter kami. Lantas isteri saya mengatakan bahawa beliau akan menghantar SMS kepada babysitter kami bahawa memang kami pulang lewat.
Tiba-tiba isteri saya menambah, beliau dan para pensyarah di pejabat sedang kecoh sekarang. Saya tanya mengapa kecoh? Beliau mengatakan bahawa ketua mereka, Asmady telah terlibat dalam kemalangan di Bangi atau Kajang, tak dapat dipastikan lagi (Bukit Mahkhota di mana ye?), tak tau berlanggar dengan apa, semasa pulang dari Solat Jumaat dan mungkin hendak ke pejabat barangkali. Belum sempat saya bertanya lagi samada kemalangan itu teruk atau tidak, isteri saya menambah, Asmady dah meninggal..Saya terlopong, rasa gugur dan lemah terus badan saya. Ya Allah, saya tidak pernah mengalami keadaan sebegini. Baru semalam saya melambai tangan kepada Asmady, tanpa sakit, tanpa demam , beliau telah pergi begitu sahaja? Saya rasakan macam mimpi! Betulkah ini? Dia kawan yang baik dengan saya. Dia pernah repair computer saya 3-4 tahun lepas! Dia pernah duduk semeja dengan saya dan isteri saya semasa makan tengahari..Betulkah ini? Lemah lutut saya mendengar berita tragik yang mengejutkan ini..Isteri saya menambah, orang yang baik macam tu selalu cepat pergi, orang yang menganiaya saya di tempat kerja, lama pula..Isteri saya seakan baru lepas mengangis..Mungkin menangis bersama-sama rakan pensyarah yang lain..Saya katakan biasalah keadaan macam tu..Tapi, terkejutnya saya!!! Ya Allah, adakah ini benar..? Selepas neneknya pergi, dia pula yang pergi..? Ya Allah, terkejutnya saya!!
Air mata saya sekarang bergenang mengingat kembali kenangan bersama Asmady..Saya ni susah nak menangis, tetapi kemalangan yang meragut nyawa Asmady yang saya baru lambai semalam jelas membuatkan air mata saya mahu gugur walaupun saya tahan..Sedihnya saya..
0 comments:
Post a Comment