Cuci Kereta

Setelah sebulan lebih tidak mencuci kereta kereta terlalu sibuk dan malas beratur kalau tidak sibuk, saya telah mencuci kereta kesayangan saya dan isteri. Itupun semasa kami pulang ke kampung isteri di Ipoh. Tempat kami mencuci kereta ialah di Stesen Shell, Jelapang. Caj yang dikenakan ialah RM13 tetapi saya memberikan RM15 kerana terlalu berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Habis semua bahagian dalaman kereta ditembak angin sehingga keluar semua habuk. Papan pemuka, kulit pintu dan perehat lengan telah dikilatkan, tetapi tidak pula melekit, saya tidak pasti bahan apakah yang mereka gunakan, tetapi saya amat berpuas hati!
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Jelapang, saya cadangkan anda mencuci kereta anda di Shell Jelapang. Mungkin anda juga akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka, mana tahu?

0 comments:

Post a Comment

My Instagram