Sunglass Porpoise

Saya menggemari sunglass untuk melindungi mata ketika berada di luar, di bawah terik matahari dan ketika memandu. Cuaca di Malaysia ini agak panas sekarang, dan semua orang perlu melindungi mata mereka daripada pancaran UV. Sejak 10 tahun lepas, saya tidak lagi membeli sunglass tiruan kerana bimbangkan keselamatan mata. Tetapi saya tidak pernah pula membeli yang berjenama mahal. Paling mahal pun sekitar RM150 sahaja. Dan jangan terkejut, anda juga boleh mendapatkan sunglass yang berkualiti tinggi pada harga mampu. Yang penting ialah, kita mestilah pandai melakukan survey dari satu kedai ke satu kedai.


Saya baru sahaja membeli sunglass berjenama Porpoise dua hari lepas, iaitu pada hari Isnin. Saya pernah menggunakan jenama ini 5 tahun lepas tetapi ia sudah lama hilang. Saya telah membelinya di Kompleks Beli Belah Campbell, di Jalan Dang Wangi iaitu berhampiran dengan Kompleks Beli Belah KL Sogo. Harganya cuma RM150 sahaja. Sebenarnya, di tanda harga ada dipaparkan harga pembukaan iaitu RM199, tetapi seperti biasa, bolehlah ditawar-tawar sebelum anda bersetuju membelinya. Saya telah meminta harga RM150 kerana saya membawa wang tunai, dan bukan membayar dengan kad kredit. Pekedai tersebut bersetuju dengan harga permintaan saya itu. Lalu ia menjadi milik saya! Alhamdulillah..




Sunglass ini agak sejuk, satu istilah yang merujuk kepada 'tidak menyakitkan mata'. Malahan, pada harga yang terlalu murah itu, adalah tidak adil untuk membandingkan dengan kualitinya yang terlalu bagus. Frem sunglass ini juga kukuh dan tidak mudah bengkok kerana ia diperbuat daripada besi yang padat dan keras. Sementelahan harganya yang murah, saya amat berminat untuk membelinya. Dan yang pasti, ia memang sesuai dengan bentuk muka saya. Kriteria pemilihan sunglass bagi saya ialah mudah, tidak terlalu murah, dan tidak terlalu mahal. Dan mestilah berbentuk petak, bukannya bulat, bukannya mata belalang atau mata lalat. Ia mestilah menampakkan imej macho (macho la sangat..Hehehe), dan bukannya imej orang tua atau imej sukan.


Bagi anda yang ingin membeli, saya cadangkan anda berkunjunglah ke kedai paling depan, berhadapan dengan kedai kasut di bahagian depan Kompleks Beli Belah Campbell. Kedai itu tidak terlalu crowded, jadi anda boleh mencuba pelbagai jenis sunglass yang lain. Sedikit sebanyak, dapat membantu mereka meningkatkan hasil jualan. Saya tidaklah mendapat komisyen daripada mereka dengan artikel ini, tetapi hanya berkongsi dengan anda kedai mana yang terbaik untuk dibuat pilihan. Jadi, selamat membeli!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram