Saya tidak pasti samada anda tahu bahawa KFC juga ada menjual nasi lemak untuk sarapan pagi, kerana tidak semua KFC ada menawarkan sarapan pagi. Jika anda tahu, tidak mengapalah, dan anda mungkin ada komen sendiri terhadap nasi lemak tersebut. Jika anda tidak tahu, maka pagi ini saya ingin memberitahu bahawa nasi lemak KFC memang lazat dan enak, lebih enak daripada nasi lemak yang terkenal, dan yang pasti, harganya agak murah walaupun disediakan oleh sebuah restoran makanan segera yang terkemuka.
Ia lengkap dengan sambal, timun dan ikan bilis, dan harganya cuma RM3 lebih sahaja jika anda membeli nasi lemak sahaja. Sebagai tambahan jika anda mahu, anda boleh membeli secawan kopi yang menyegarkan dan seketul ayam KFC. Kemungkinan besar, rasa nasi lemak ini sama sahaja untuk mana-mana KFC, tetapi yang saya biasa kunjungi ini ialah KFC di Jalan Universiti, yang menawarkan juga pembelian secara pandu lalu. Memang memudahkan anda!
0 comments:
Post a Comment