
Semasa beliau pergi untuk selama-lamanya, saya sedang memandu ke tempat kerja, dan apabila terdengar sahaja di dalam berita ringkas di Radio Sinarfm, semasa itu saya sedang memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dari Lebuhraya Persekutuan, saya ternganga dan terpinga kerana teramat terkejut! Ah, bintang bergelar Raja Pop ini sudah pergi buat selamanya! Masakan tidak, saya tidak pernah mendengar beliau sakit tenat selama berminggu-minggu, dan apabila diselidik di dalam internet, beliau pergi kerana masalah kegagalan jantung. Memang, semasa TV3 menunjukkan konsert atau raptai konsert yang dijalankan oleh MICHAEL JACKSON, beliau memang nampak lesu dan letih, mungkin kerana usianya atau mungkin juga kerana beliau sedang sakit!
Sesetengah orang memandang Michael secara sinis, sehinggakan banyak dakwaan terhadapnya hanya untuk mengaut keuntungan peribadi sahaja, sehingga Michael terpaksa membayar kepada mereka sejumlah wang yang besar dan ada juga kes beliau yang digugurkan kerana pihak juri menyatakan yang beliau tidak bersalah! Apabila kita berada di atas, walaupun kita disayangi jutaan orang, tetapi ada kelompok minoriti yang ingin menjatuhkan, dan yang peliknya ialah, kelompok kecil ini pula yang menang secara fizikal dalam menjatuhkan Michael. Tetapi, kelompok besar jutaan peminat beliau tidak putus-putus memberikan beliau sokongan dan perangsang kerana berpendapat bahawa pendapat mereka selaku golongan majoriti tahu siapa Michael. Saya sendiri apabila melihat Michael di media dan gambar-gambar di media nyamuk oleh para papaazzi, berpendapat bahawa Michael adalah seorang yang lembut hati dan sukakan kanak-kanak. Kesempatan inilah yang digunakan oleh kelompok minoriti yang mempunyai kekuatan media untuk menjatuhkan Michael. Namun, walaupun secara fizikalnya mereka sedikit berjaya, di saat sesudah Michael pergi, mereka tidak berjaya menjatuhkan beliau secara total.
Abang Michael iaitu Jermaine tidak putus-putus membela adiknya itu, sehinggakan apabila Michael begitu tertekan dengan dunia muziknya, Jermaine mengajak Michael tinggal bersamanya di Bahrain untuk beberapa tahun. Sejak itulah Michael mengenali Islam dengan bantuan abangnya itu. Itu cerita yang saya dengar. Semoga roh Michael dicucuri rahmat jika benar beliau seorang Muslim. Daripada cerita Jermaine, Michael memang seorang Muslim.
Kita tinggalkan kisah sedih Michael yang membuatkan saya juga sedih. Tak termampu nak menulis lagi..Ada masa, boleh lah bersambung lagi..
0 comments:
Post a Comment