Menghadiri Conference Information Security di KLCC

Semalam saya menghadiri satu conference yang berkaitan dengan keselamatan maklumat di Kuala Lumpur Convention Centre yang terletak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Memang best lah conference ni sebab ia satu dimensi baru di dalam pengetahuan saya kerana dulu dan sekarang saya belajar dan bekerja di dalam bidang pengurusan maklumat, tetapi sekarang saya belajar mengenai keselamatan maklumat pula. Maknanya, dulu dan sekarang belajar dan bekerja di dalam bidang yang kerjanya menguruskan maklumat saja supaya ianya boleh diakses oleh pengguna, tetapi kini belajar pula mengenai keselamatan maklumat.

Keselamatan maklumat sebenarnya berkait rapat dengan cara-cara menyediakan platform yang betul untuk penyimpanan maklumat dan menyediakan aspek-aspek keselamatan yang betul untuk sesuatu maklumat di dalam siber mahupun fizikal iaitu melalui pelbagai cara. Ia adalah untuk menyelamatkan maklumat-maklumat yang berkaitan daripada terlepas ke tangan orang lain yang tidak relevan atau relevan kepada maklumat tersebut. Maka, di dalam menilai maklumat yang boleh dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain, sesuatu maklumat tersebut perlu diklasifikasikan, dan di dalam kebanyakan organisasi, maklumat diklasifikasikan kepada beberapa level of secrecy. Saya tidak menumpukan cerita ini kepada asas-asas keselamatan maklumat kerana ianya boleh dipelajari sendiri melalui Pakcik Google atau online database yang berkaitan, tetapi saya hanya menceritakan mengenai conference yang saya hadiri semalam.

Saya mendaftar sebagai walk in participant sahaja. Dewan conference di KLCC yang terletak di tingkat 3 itu memang mengagumkan kerana ia lengkap dengan pelbagai prasarana conference bertaraf dunia. Memasuki sahaja lif, terdapat sebuah botol sanitizer untuk setiap peserta conference atau para pelawat mencuci tangan. Sama kaedahnya dengan sanitize tangan kalau bekerja di restoran makanan segera, ia berkait rapat dengan keselamatan fizikal dari wabak influenza H1N1 yang melanda dunia sekarang. Saya memang turut risau juga kalau-kalau ada peserta di dalam dewan itu yang mengidap influenza H1N1, tetapi alhamdulillah, semua peserta yang duduk bersebelahan sayaa adalah rakyat tempatan, mungkin risikonya kurang berbanding jika duduk sebelah menyebelah dengan rakyat asing, wallahu a'lam.

Conference tersebut telah berlangsung dengan jayanya dari pagi sehingga pukul 5:30 petang. Semasa sesi soal jawab, moderator telah berjaya menjadikan sesi soal jawab yang berlangsung di dalam dua sesi itu satu sesi soal jawab yang begitu berinfomasi, penuh dengan wacana dan agak menghiburkan (ada juga sesetengah conference yang membosankan! Tetapi semalam tidak!). Semua peserta pulang dengan membawa satu ilmu baru di dalam bidang keselamatan maklumat.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram