Sudah 3 minggu tak update blog, pasal kesibukan melanda tiada taranya. Rupanya ada pelawat ramai juga, tapi mereka hampa sebab tiada cerita terkini. Sibuk di pejabat memang menjadi kelaziman saya sekarang. Banyak projek yang perlu diselesaikan. Kena appraise staf saya pula, buat presentation KPI jabatan saya, semua kena diusahakan sehingga berjaya. Pulang ke rumah lewat tentunya memenatkan. Cuti hujung minggu pula dipenuhi aktiviti menjalankan tugasan fotografi perkahwinan dan minggu terdahulu, fotografi pertunangan. Dua-dua majlis awal-awal lagi klien tidak memberi kebenaran untuk dimasukkan foto-foto mereka di dalam blog saya yang lagi satu itu. Itulah, kalau hendak masukkan juga, wajarlah kita meminta mereka menandatangani perjanjian model release letter. Tugasan picisan seperti ini manalah ada surat perjanjian sedemikian rupa. Asal klien suka gambar mereka dipaparkan di dalam internet, itu sudah satu kebahagiaan bagi mereka.
Bercakap mengenai kesibukan, teringat pula saya pada hobi terbaru saya, iaitu golf. Golf ini menjadi hobi juga kerana saya sebagai salah seorang kuli kepada bos-bos besar disini kenalah bercampur di padang golf. Belumlah lagi bercampur, kerana e-mail dari top management belum keluar lagi untuk para pekerja yang berminat dengan golf untuk bersama. Yang nyata, cakap-cakap yang menyatakan golf training akan bermula tidak lama lagi itu ada. Malu juga kalau tidak men'join'kan diri, malahan itu adalah untuk merapatkan hubungan sesama HOD dan bos-bos atasan. Mahu tidak mahu (tapi mahu), saya telah membeli set golf club taraf beginner berjenama Mitsushiba, ok lah juga untuk melakukan swing. Drivernya memang ringan juga. Ironnya cantik juga. Tak perlulah beli Callaway, Wilson, Nike dan sebagainya, kurang mampu (malas belanja lebih). Pada saya, untuk bermain golf ini, kita perlu tetapkan apakah matlamat yang kita nak dapat dengan permainan ini. Pada saya, ialah merapatkan hubungan saya dengan bos saya, dan keduanya memang saya minat golf sejak zaman remaja lagi, tapi terbantut kerana tiada pendedahan.
Permainan ini bagi saya murah sahaja perbelanjaannya. Seperti yang saya katakan tadi, tidak perlu beli set semi pro atau pro seperti Tiger Woods pakai tu, cukuplah sekadar yang bawah RM1000, pun dah boleh bermain golf. Dan tidak perlu bermain di padang atau di green pada permulaan ini, boleh sahaja mulakan di driving range sahaja. Cuma RM10 saja untuk 100 biji bola untuk dipukul sehingga habis. Belajar swing, cari rentak supaya bola golf itu perginya lurus sahaja, bukan ke kanan. Ia juga tidak diukur daripada berapa jauh boleh boleh pergi, setiap lubang pun hanya 4++ yards sahaja (lebih kurang 4++ meter juga). Kalau buat permulaan pun, untuk bermain di driving range, tidak perlu membeli satu set lengkap golf club itu, cukup sekadar irons nombor 5 dan 7 sahaja, dan belajar swing. Kalau tidak tahu bagaimana mahu memulakannya, lihat sahaja di Youtube, di dalam sana terdapat pelbagai pelajaran bervideo untuk kita belajar. Masakan di dalam Youtube juga ada menunjukkan kaedah-kaedah yang sebenar untuk fotografi perkahwinan, inikan pula tunjuk ajar dalam permainan golf.
Bagi yang menjalankan perniagaan tu, maka golf boleh saja merapatkan perhubungan sesama rakan perniagaan. Sementelahan golf bukanlah permainan yang mahal, marilah kita sama-sama mencuba bermain golf, sekiranya kita ada keperluan untuk bermain golf. Saya sendiri merasakan bahawa set golf club saya beserta sarung tangan dan kasut Adidas yang saya beli di Isetan KLCC, apabila dikumpulkan nilainya tidaklah mencecah harga badan kamera Canon 30D saya. Jadi, tambahkanlah satu lagi hobi anda dengan bermain golf walau siapapun diri anda.
0 comments:
Post a Comment