Apa sahaja perkara atau benda yang kita perolehi secara percuma, tidak ramai antara kita yang mahu menghargainya. Ini adalah perkara biasa kerana nilai sesuatu itu amat bergantung kepada bagaimana kita mendapatkannya. Jika kita mendapatkannya dengan cara yang sukar, sudah tentu kita akan memandang tinggi kepada apa yang kita dapat itu. Jika ia didapati dengan cara yang mudah, atau percuma, maka kita akan menganggapnya sebagai remeh dan mudah didapati. Secara tidak langsung, kita memandang rendah nilai pada sesuatu yang didapati dengan cara yang mudah itu.
Seseorang yang tidak mempunyai laptop, barangkali bercita-cita hendak membeli laptop walaupun terpaksa mengumpul wang selama beberapa bulan atau terus meletakkan tandatangan pada slip caj kad kredit. Apabila wang sudah mencukupi, atau baki kredit di dalam kad kredit mencukupi, maka beliau akan terus ke kedai komputer untuk membeli komputer riba yang diidam-idamkannya itu. Setiap butir perbincangan dalam pembelian itu didengar dengan begitu teliti dan harganya diminta diskaun pula. Ini bagi memastikan beliau dapat merasai pengalaman membeli komputer riba hasil susah payah beliau mengumpul wang selama beberapa bulan atau mengecaj kad kredit dengan susah payahnya.
Apabila pulang ke rumah, beliau tidak membenarkan sesiapapun menyentuh komputer riba yang baru itu. Beliau juga berhati-hati dalam menggunakan komputer riba itu. Setelah digunakan, beliau membungkus kembali elok-elok komputer riba itu dan dimasukkannya di dalam beg. Ini bagi memastikan komputer ribanya tidak terkena habuk. Setiap hari, dilakukannya kemaskini untuk anti-virus dan melakukan backup untuk semua fail-fail pentingnya. Ini menunjukkan yang beliau begitu menghargai komputer riba beliau itu! Kerana apa beliau berbuat demikian? Kerana cara beliau mendapatkan komputer riba itu adalah sukar dan berliku, sudah pasti beliau amat menghargainya.
Berlainan pula dengan seseorang yang mendapatkannya dengan cara yang mudah. Sebagai contoh, seseorang pegawai tinggi di sesebuah organisasi yang mendapatkan sesebuah komputer riba dengan cara percuma, iaitu dibekalkan oleh organisasi tempat beliau bekerja, pasti selepas digunakan, beliau akan meninggalkan sahaja komputer riba tersebut di pejabat, habuk yang melekat sudah tidak dihiraukan, ada juga yang baru beberapa bulan digunakan sudah nampak lusuh, bercalar dan sebagainya. Ada yang terpaksa diformat semula akibat daripada serangan virus. Ini adalah tanda-tanda sesuatu barangan itu tidak dihargai. Ia digunakan seadanya dan tugas untuk menjaga peralatan tersebut dibuat sambil lewa kerana untuk apa menjaganya dengan sepenuh hati kerana ia milik majikan, kalau rosak, gantikan sahaja dengan komputer riba yang baru!
Walau apapun barangan atau mungkin juga orang, jika kita mendapatkannya dengan cara yang mudah, murah ataupun percuma, sudah pastilah kita patut menjaganya dengan sepenuh hati kerana jika ia sudah rosak atau hilang, maka kita akan terpaksa mendapatkannya semula, mungkin kita boleh mendapatkan yang sama, tetapi pada kebiasaannya, ia tidak akan sama sekali dengan yang asal. Maka dengan itu, selagi kita memiliki sesuatu, hargailah ia dengan baik selama mana kita memilikinya.

0 comments:
Post a Comment