Sudah Lama Tidak Berblog !!!

Sudah lama benar saya tidak menulis di dalam blog ini. Salah satu sebab mengapa saya jarang menulis ialah kerana hanya kerana menjaga nama baik saya di tempat kerja sebelum ini. Syarikat tidak menggalakkan para pekerja mengisi masa lapang di pejabat dengan menulis blog atau melayari Facebook sehingga menyebabkan blog saya tidak diisi dengan cerita dan isu terkini.

Saya sudahpun menamatkan perkhidmatan saya di syarikat sebelum ini dan sudahpun mendapat gaji terakhir saya. Dan saya akan menyertai sebuah GLC lain pula pada awal Januari akan datang. Buat masa sekarang, saya hanya mengisi masa lapang dengan merakamkan gambar-gambar arkitektual di sekitar Kuala Lumpur dan melangsaikan bil-bil semasa kerana saya mempunyai kelapangan untuk ke pejabat pos!

Saya suka merakamkan foto-foto bangunan kerana selain daripada fotografi perkahwinan dan fotografi potret, saya juga sukakan fotografi arkitektual, di mana bangunan-bangunan yang saya rakamkan boleh jadi sebuah bangunan yang memenuhi frem ataupun saya mendalami dengan rakaman beberapa bahagian yang unik di bangunan tersebut. Pada pagi ini saya telah singgah di tugu negara untuk merakamkan foto-foto tugu negara, tugu peringatan dan jata negara. Foto-foto tersebut bukanlah untuk dijual, sekadar memenuhi kepuasan saya untuk merakamkan foto-foto arkitektual di Kuala Lumpur.

Pada pagi tadi juga saya telah dihubungi oleh sebuah firma perancang perkahwinan yang mengajak saya mengadakan kerjasama dalam bidang fotografi perkahwinan. Saya menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka kerana saya memang sukakan bidang ini di samping bidang keperpustakawanan yang saya sudah ceburi selama 9 tahun. Kebanyakan bakal pasangan pengantin yang datang ke butik perancang perkahwinan tersebut memerlukan juga perkhidmatan fotografi. Disebabkan perancang perkahwinan tersebut tidak mempunyai kepakaran di dalam bidang fotografi, maka saya terlah dijemput untuk menjalinkan kerjasama tersebut.

Saya sudahpun kembali menggunakan kamera DSLR Canon EOS 30D yang pernah saya gunakan tidak lama dahulu. Setelah agak kecewa dengan Nikon D200 yang saya hanya gunakan selama 2 minggu kerana beberapa masalah di dalamnya, saya terpaksa menjualnya dengan harga yang agak murah. Saya kembali ke Canon dengan permulaannya Canon EOS 10D, kemudiannya Canon EOS 20D yang sekarang telah dimasukkan ke Canon Malaysia untuk diperbaiki sebelum membeli kembali Canon EOS 30D yang berharga RM2000 pada pasaran terpakai.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram