Golongan-golongan yang suka memotong barisan di sebuah lebuhraya di Kuala Lumpur. Selalunya, golongan ini sentiasa menyakitkan hati pemandu-pemandu lain yang telah bersusah payah untuk berbaris, tiba-tiba datang golongan ini yang dengan mudahnya memotong barisan. Bayangkan jika anda telah beratur sejauh satu kilometer kerana anda ada nilai diri dan maruah yang tinggi, tiba-tiba ada beberapa kereta yang memotong barisan yang anda pertahankan sejauh satu kilometer itu, apakah perasaan anda?
Mereka ini adalah golongan yang tidak ada perasaan dan semestinya mereka tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain. Ada kemungkinan juga mereka ini tidak mendapat pendidikan formal di sekolah rendah, apatah lagi mengharapkan mereka berfikir seperti pelajar sekolah menengah.
Suka memotong barisan adalah tabiat yang paling buruk di jalanraya, melebihi tabiat membuang sampah keluar dari kenderaan dan tabiat memandu laju. Mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja, seperti mereka yang patut didahulukan kerana kesibukan mereka. Mungkin juga mereka tidak ada nilai diri dan maruah yang tinggi, itulah sebabnya mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja. Sikap tidak bertimbangrasa ini wajarlah dijauhi supaya kita tidak terlibat sama menjadi samseng jalanan yang tidak menghormati usaha gigih orang lain yang berbaris di dalam kesesakan jalanraya.




1 comments
mengikut kajian aku sendiri, kebanyakan geng takde hati perut ni adalah perempuan atau geng2 bawak kete besar.
ReplyDelete