Pandangan mata saya didatangi oleh iklan tepi di Facebook yang mengajak orang ramai melakukan kerja-kerja goyang kaki dari rumah untuk dapatkan duit yang banyak. Saya tidak pastilah kerja apa yang boleh dilakukan secara santai tetapi menghasilkan wang yang banyak tetapi matlamat pekerjaan jenis itu ialah memiliki sebuah kereta mewah kerana para promoter pekerjaan itu seringkali bergambar dengan kereta mewah. Saya tidak pasti adakah rumah mereka juga mewah. Walau apapun pekerjaan mudah sehingga dapat goyang kaki mereka itu, janganlah mengajak orang untuk sama-sama terjebak dalam skim cepat kaya yang dinamakan dengan pelbagai jenis nama yang menutup aktiviti sebenar..
Kalau ajak orang lain untuk letak di atas sebagai upline, itu tidak apa.. :)
Kalau ajak orang lain untuk letak di atas sebagai upline, itu tidak apa.. :)
0 comments:
Post a Comment