Kurang-Kurangkanlah GULA Dalam Pemakanan Seharian Kita!

Saya ada berbincang dengan seorang pengamal perubatan Islam pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 19 Disember 2010 mengenai sebab musabab seseorang boleh terkena diebetes. Diebetes sekarang ini sedang menyerang ramai orang yang terlalu sibuk dengan kerja dan tidak menjaga makanan. Ia amat bahaya kerana lambat laun, ia akan memberi kesan kepada bahagian-bahagian badan dan organ-organ dalaman badan. Dan mesej mengenai gula telah disebarkan di beberapa akhbar perdana beberapa minggu kebelakangan ini. Sementelahan harga gula juga telah dinaikkan, adalah lebih baik kita memikirkan kesan positif daripada kenaikan harga barangan terkawal itu.

Gula memang antara penyumbang utama kepada diebetes di kalangan rakyat di negara ini bahkan di beberapa negara lain. Namun demikian, menurut pengamal perubatan Islam tersebut, ada bahan makanan lain yang lebih bahaya daripada gula, iaitu nasi. Ya! Nasi yang kita makan sehari-hari itu jika diambil dalam kuantiti yang banyak, akan menghasilkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Namun sekiranya kita tidak menggunakan sumber tenaga itu dengan semaksima mungkin, ia akan kekal di dalam badan dan menjadi glukos. Glokos ini, sekiranya tidak 'dineutralkan' oleh insulin yang dikeluarkan oleh pankreas (kerana terlalu banyaknya glukos), maka ini lah yang dinamakan diebetes. Mohon maaf sekiranya penerangan ini salah tetapi saya hanya menerangkan info ini daripada kacamata pengguna, bukan daripada kacamata seorang doktor kerana saya bukanlah seorang doktor.

Lebih membimbangkan sekiranya kita makan nasi selepas pukul 8 malam di mana kita tidak menggunakan sumber tenaga yang dibekalkan oleh nasi tersebut kerana selepas pukul 9 malam, kita sudahpun mahu melelapkan mata. Jadi, sumber tenaga yang tidak digunakan itu akan menjadi glokos yang akan menjadikan kandungan gula di dalam darah kita semakin meningkat. Tidak mengamalkan senaman juga menyebabkan sumber tenaga itu tidak digunakan dan ini akan mengakibatkan seseorang itu boleh mendapat penyakit diebetes.

Saya pernah terbaca satu info penting di dalam akhbar yang menyatakan hanya dengan sesudu kecil gula, kita mesti menaiki tangga setinggi 14 tingkat untuk memaksimakan penggunakan tenaga yang terhasil daripada sesudu kecil gula tersebut. Bagaimana pula jika kita meminum setin air berkabonat yang mengandungi 9 sudu kecil gula? Remaja sekarang amat suka kepada minuman berkabonat! Adakah kita sanggup untuk menaiki tangga setinggi 126 tingkat (9 sudu gula x 14 tingkat)?

Seorang doktor di hospital barangkali mengatakan bahawa sekiranya kita sudah terkena diebetes, kita tidak boleh menghilangkannya dan hanya boleh mengawal kandungan gula di dalam badan kita. Pendapat ini disanggah oleh pengamal perubatan Islam tersebut dengan mengatakan penyakit sememangnya boleh diubati (kecuali mati) dengan menggunakan petua-petua perubatan Islam seperti memakan Habbatus Sauda, madu, dan beberapa petua-petua orang tua-tua dahulu iaitu belimbing hutan, barang makanan yang masam dan tidak manis, ulam-ulam dan sebagainya. Beras yang digunakan untuk memasak nasi juga perlu ditukar kepada penggunaan beras perang. Gula masih perlu di dalam tubuh badan kita, tetapi perlu ditukar kepada gula perang dan dikurangkan. Lebihkan sayur-sayuran di dalam makanan dan kurangkan buah-buahan yang manis.

Itu adalah info yang saya perolehi daripada pengamal perubatan tersebut dan sewajarnya untuk saya berkongsi dengan anda sebagai para pembaca blog saya ini kerana saya perlu untuk menyampaikan ilmu walaupun hanya dengan satu ayat. Jadi, amatlah wajar untuk kita mula menjaga pemakanan kita kerana kebanyakan makanan di luar sana akan ditambah dengan gula dan bahan-bahan berbahaya seperti garam berlebihan, kolestrol berlebihan (daripada minyak yang dikitar semula barangkali) dan sebagainya bagi menjadikannya sedap dan memikat. Terpulang kepada kita sebagai konsumer untuk memilih yang terbaik untuk kesihatan kita. Wallahu a'alam..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram