Pada hari ini, 21 Januari 2012, saya, isteri dan anak diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk makan tengahari di Restoran Aroma Thai, Damansara Perdana.
Restoran ini dihiasi dengan hiasan dalaman bagi mewujudkan suasana di Thailand termasuklah lagu yang dikumandang ialah lagu pop berbahasa Thai.
Makannya tentulah lebih enak daripada restoran makanan Thai yang biasa saya nikmati selama ini.. Saya memesan daging besil iaitu daging yang dimasak bersama kacang panjang. Ia disajikan dengan kerabu mangga, telur dadar dan nasi yang seakan-akan nasi dagang tetapi tidak melekit seperti nasi dagang.
Isteri saya memesan nasi ayam kari sementara anak saya pula memilih bihun tomyam yang bagi saya, agak jarang saya dapat merasai tomyam merah yang istimewa itu. Kami juga memesan kuey teow goreng. Sesuatu yang istimewa tentang minuman yang disajikan ialah air yang berperisa seakan serai yang dicampur dengan selaseh, dan saya hanya mampu menghabiskan cuma setengah gelas sahaja.
Bagi anda yang ingin menikmati aroma masakan Thai yang asli dan Halal, bolehlah berkunjung ke Restoran Aroma Thai yang terletak di Damansara Perdana, berdekatan dengan The Curve dan One Utama..
0 comments:
Post a Comment