Kita perlukan makanan untuk hidup. Makanan yang kita makan pula akan menjadikan tubuh badan kita sihat ataupun sebaliknya, bergantung kepada makanan yang kita makan. Jika kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dan berkhasiat, tubuh badan kita akan menyerap makanan tersebut dan menghasilkan kesihatan yang cemerlang untuk kita.
Yang paling penting ialah harga sesuatu makanan yang kita beli. Adakah ianya perlu mahal? Adakah ianya perlu nampak mewah? Adakah ianya perlu tampil berseni? Jika sekali sekala, tidak mengapalah, tetapi sekiranya ia diambil setiap hari, maka kita akan menghadapi pelbagai masalah termasuklah masalah bajet, masalah kesihatan, masalah pembaziran dan sebagainya.
Makanan yang kita ambil, walau sesedap manapun, ia hanya sedap di tekak. Apabila ia melepasi tekak, ia akan menjadi sama sahaja seperti makanan-makanan yang lain. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera. Adakah kita mementingkan kepentingan jangka panjang atau keseronokan dan kesedapan jangka pendek sahaja?
0 comments:
Post a Comment