Letih Petang

Hari ini saya terasa amat letih kerana dari pagi sehingga petang menjalankan aktiviti. Bermula dari awal pagi tadi, seawal pukul 7 pagi saya sudah keluar ke kedai runcit untuk membeli sayur dan roti sebagai makanan ibu saya. Setelah itu saya menghantar kedua-dua barangan itu ke rumah dan kemudiannya turun semula untuk menghantar isteri saya ke kelas Masternya.



Selepas sampai di UiTM Shah Alam pada pukul 8:45 pagi, saya bergegas pula ke Ulu Kelang untuk servis kereta di Pusat Servis Perodua. Saya tiba di pusat servis tersebut pada pukul 10:10 pagi dan terus mendaftar kenderaan saya untuk dijalankan servis ke atasnya. Saya menunggu agak lama di pusat servis tersebut sebelum selesai semuanya pada pukul 12:18 tengahari, iaitu kira-kira 2 jam 8 minit. Jika saya servis kereta di bengkel biasa, masa yang diambil cuma 30 minit sahaja termasuk masa menunggu.



Selepas itu, saya bergegas kembali ke Shah Alam untuk mengambil isteri saya. Kemudian, saya dan isteri mengharungi kesesakan lalulintas di Lebuhraya Persekutuan sebelum terpaksa 'divert' ke Subang dan menggunakan Jalan Subang Sungai Buluh dimana saya dan isteri telah melalui Kampung Melayu Subang, Kota Damansara, Sungai Buluh, Damansara Damai sebelum meneruskan perjalanan ke Keramat.



Sebelum pulang ke rumah, saya dan isteri telah singgah di Giant Ulu Kelang untuk membeli barangan keperluan harian. Apabila sampai sahaja di rumah, saya 'terpaksa' baring di katil bagi menghilangkan letih dan menulis entri ini untuk dimuatkan di dalam blog saya.. :-)



Siapa kata menjadi seorang suami itu mudah? :-)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram