Resource Kena Ada


Dalam kita nak merancang sesuatu tu, kita kena ada resource. Resource maknanya di sini ialah suatu sumber yang kita boleh gunakan untuk merealisasikan perancangan kita itu. Tanpa sumber yang betul dan cukup, ia boleh mengganggu perjalanan kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Sumber yang diperlukan perlu dicari disekitar kita. Malahan ia kadang-kadang perlu diadakan juga walaupun kita terpaksa merantau jauh untuk mendapatkannya. Ia diperlukan kerana disepanjang perjalanan kita mencapai matlamat, kita perlu gunakan sumber-sumber tersebut. Kalau tidak, seperti yang dinyatakan di atas, ia boleh mengganggu kita, ia boleh merencatkan perancangan kita, malahan, kerja kita terpaksa pula ditangguhkan sementara menunggu sumber yang dikehendaki itu ada semula.

Contohnya, kita adalah pekerja yang diberikan kepercayaan untuk menghantar senarai berita mengenai organisasi kita kepada semua pekerja melalui e-mel. Apakah sumber yang diperlukan untuk kita melaksanakan tugasan ini? Tentunya kita perlukan sumber berita dan juga aplikasi e-mel. Apa akan jadi sekiranya kedua-dua sumber tersebut tiada, rosak, disekat atau sebagainya?

Contohnya, sekiranya aplikasi e-mel organisasi tidak boleh dibuka dan kita memang dikehendaki untuk menghantar  senarai berita mengenai organisasi tempat kita bekejra itu melalui e-mel organisasi, bagaimana kita boleh menggunakan sumber tersebut? Atau sekiranya senarai berita di dalam portal syarikat tidak dikemaskini oleh pengurus yang bertanggungjawab terhadap berita-berita tersebut, bagaimana kita boleh menyenaraikan senarai berita kepada semua pekerja?

Boleh jadi, kita memerlukan pelan B untuk merealisasikan perancangan kita, tetapi ia tidaklah sama seperti yang boleh kita hasilkan di dalam pelan A. Apa yang kita boleh lakukan ialah, kita terpaksa juga menggunakan pelan B sekiranya pelan A memang tidak dapat dilaksanakan kerana unsur masa yang pantas perlu kita masukkan ke dalam matlamat kita. Mahu tidak mahu, ia mesti dilaksanakan.

Paling penting ialah, sebelum memulakan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat, rancanglah betul-betul termasuklah menyediakan sekali semua sumber yang diperlukan, bukan sekadar keseronokan beretorik di dalam perancangan, kerana yang paling penting ialah hasil, bukanlah proses. Proses itu penting, tetapi lebih penting ialah hasil..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram