Sekarang ni saya lihat ramai yang nak menjadi penulis blog.. Saya lihat di KELAB BLOGGER , ramai remaja yang ingin menjadi penulis blog.. Bagus tu, mengasah bakat penulisan.. Namun begitu, isi kandungan yang saya lihat adalah bentuk 'popular', tiada isi sangat yang signifikan dengan isu semasa atau paling kurang pun, yang boleh memberi manfaat kepada para pembaca.. Ramai yang menulis isi-isi yang terarah kepada syok sendiri..
Jadi, apa kesudahannya blog itu untuk 3-4 tahun lagi? Atau, adakah mereka masih memiliki semangat untuk menulis perkara yang sama? Usia makin meningkat, tetapi terpaksa menulis sesuatu yang berbentuk 'popular'?
Adalah lebih baik sekiranya para penulis blog itu memikirkan siapa mereka pada ketika 10 tahun lagi.. Dan terus melompat ke tahun tersebut.. Mereka fikirkan 10 tahun lagi mereka siapa, apa jawatan mereka, dimana mereka berada, dan jadikan perkara-perkara itu sebagai matlamat, seterusnya lakukan semua tindakan yang terarah kepada matlamat tersebut..
0 comments:
Post a Comment