Satu isu yang diutarakan kepada saya oleh isteri saya pagi tadi semasa memandu ke pejabat menggamit saya untuk berfikir mengenainya..
Isteri saya berkata, "sesuatu yang kita pernah fikirkan akan kita lalui juga akhirnya.." Seperti semasa membeli pakaian sekolah anak kami untuk memasuki tahun satu beberapa bulan lalu, kami terfikir bagaimana waktunya kami menghantar anak kami itu ke sekolah, yang akhirnya kami lalui juga sekarang.. Bagaimana cara untuk meletakkan beliau di bawah jagaan ibu saudara isteri saya dan kerisauan-kerisauan bagaimana hendak menghantarnya ke sekolah agama pada waktu petang beberapa bulan lalu juga telah kami lalui dengan kepercayaan kepada takdir dan kekuatan hati..
Apakah yang kita pernah fikirkan pada masa sekarang yang kita akan hadapai pada masa depan? Adakah kita pernah terfikirkan bagaimana keadaan kita semasa usia kita 56 tahun kelak? Adakah kita mampu menganggung diri kita dari aspek kemampuan fizikal dan kemampuan kewangan? Adakah kita sudah bersedia untuk usia itu bermula dari sekarang? Persoalan-persoalan sebegitu perlu kita fikirkan mulai sekarang..
0 comments:
Post a Comment