Kita Tidak Tahu Masalah Orang Lain...

Kita sebenarnya tidak tahu masalah orang lain! Barangkali kita seakan tahu, kita mungkin dapat mengagak atau kita seakan dapat meneka, namun kita tidak sebenarnya tahu 100% apa masalah atau cabaran hidup orang lain. Bermakna, kita perlu back off (!!!) daripada mencederakan emosi orang lain dengan sikap 'kaunselor' kita..

Kita back off sekali lagi, biarkan rakan kita itu bernafas, menarik nafas ataupun tidur, untuk dia menenangkan hatinya yang lara. Adakah kita mampu menyelesaikan masalahnya. Kita hanya mampu memberikan perangsang, pedoman, perhatian dan pelbagai 'per' lagi, namun kita tidak dapat mengetahui apa yang sedang dirasainya.. Berat mata kita memandang, tidak sama dengan bebanan yang dipikulnya.

Justeru, bantulah rakan kita itu dengan memahaminya, tidak menekannya, tidak mengganggunya, menghormati keputusannya dan tidak memaksa untuk mengikut apa yang kita fikirkan yang kita mungkin anggap sebagai betul dan jalan penyelesaian yang betul. Percayalah bahawa Allah yang memberikan dugaan, Allah akan membantu kita menyelesaikan dugaan, jangan pula kita yang terlebih mahu menyelesaikan masalah dan dugaan hidup orang lain!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram