Salam Cemerlang,
Setiap hari kita membaca updates terkini di Facebook.. Lama sosial ini beroperasi 24 jam. Apabila saya terbangun jam 5:30 pagi setiap hari, pasti ada updates yang ditulis oleh rakan-rakan Facebook 2-3 jam sebelumnya.
Kita boleh menggunakan masa terluang kita untuk klik pautan 'Home' di sebelah nama kita di atas (kiri). Di sana terdapat banyak updates tetapi bergantung juga kepada jumlah rakan-rakan anda. Kita boleh membaca updates mereka semasa lapang, namun, yang menarik masa kita ialah apabila kita membaca komen-komen yang meleret di bahagian bawah setiap updates!
Di dalam buku motivasi masa depan bertajuk Siapa Kita 10 Tahun Lagi?, ada dituliskan mengenai kepentingan kita untuk 'Menyisihkan Perkara Yang Tidak Penting'. Untuk apa kita menyisihkan perkara yang tidak penting dan fokus sahaja pada perkara yang penting? Kerana yang tidak penting itu akan mengganggu tumpuan dan masa kita yang amat berharga. Masa tentunya tidak dapat 'ditarik' kembali sekiranya kita mensia-siakannya, bukan?
Jadi, boleh membaca updates, tetapi mungkin kita patut elakkan membaca sekali komen-komen yang pelbagai di bahagian bawah updates tersebut. Dibimbangi kita akan terbuang masa kita yang amat berharga!
0 comments:
Post a Comment