Keluarlah Dari Zon Selesa!


Salam Cemerlang,

Kita tidak boleh untuk berada di zon selesa untuk tempoh waktu yang lama.. Jika kita takutkan masa depan yang kelam sekiranya kita keluar daripada organsasi kita sekarang, yakinlah bahawa yang memberikan rezeki kepada kita setiap hari ialah Allah, bukannya organisasi tempat kita bekerja itu. Ini persoalan iman, percaya kepada Qada dan Qadar..

Dan pula, billionaire yang ternama di negara kita masih boleh menambah kekayaan setiap hari walaupun mereka tidak pun bekerja di organisasi kita bekerja. Bukanlah mahu bercakap tinggi, tetapi kita mesti yakin sepenuhnya bahawa Allah adalah Maha Memberi Rezeki.

Mengapa pula keluar dari zon selesa sedangkan kita sudahpun selesa kerja 9-5 tiap-tiap bulan dapat gaji? Tidak lain tidak bukan, kita perlu berhijrah bukan sekadar untuk mendapat tempat atau rezeki yang lebih baik, tetapi untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada lebih ramai orang di luar zon selesa kita itu, in sha Allah..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram