Pilih Salah Satu Kerjaya Dalam Hidup!


Salam Cemerlang,

Kadang-kadang kita sendiri terasa malu kerana komitmen yang kita nyatakan melalui lisan tidak dapat direalisasikan dengan perbuatan/perlakuan.. Kadang-kadang kita amat sibuk dengan tugasan harian di pejabat sehingga jadual untuk bidang baru pun terpaksa ditunda-tunda.

Sebenarnya, memang kita sibuk dengan kerja hakiki, tetapi kita cuba juga untuk masuk ke bidang baru yang lebih mengujakan. Kita sudah bosan dengan kerja hakiki di pejabat, lantas kita cuba untuk memasuki bidang baru, part time dan sebagainya. Cabarannya ialah, kita kena menyelesaikan kerja-kerja hakiki kita. Kesibukan itulah yang membuatkan kita sambil lewa sahaja untuk memasuki bidang baru. Lagipun setiap bulan kita akan memperolehi gaji, kan? So ramai yang relax..

At this point of time, in this minute and second, buat keputusan yang sebenar-benarnya bidang yang mana kita ingin excel?!! Bidang baru atau bidang kerja hakiki..? Barangkali ramai yang takut untuk menceburi bidang baru kerana takutkan pendapatan yang kurang pada mulanya.. Tetapi ingatkah kita semasa kita mula-mula bekerja dulu, bukankah pendapatan kita juga amat rendah berbanding sekarang? Bermula dari rendah, in sha Allah pada masa akan datang pendapatan kita akan lebih tinggi daripada apa yang kita perolehi sekarang! Syaratnya ialah kena rajin berusaha, merendah diri dan ambil apa sahaja peluang halal yang ada.. From Zero to Hero! 

Adakan back up secukupnya, sekurang-kurangnya gaji penuh untuk 6 bulan untuk kita mulakan 'tapak'..

Buatlah pilihan sekarang.. Semakin lambat kita membuat keputusan yang hebat, semakin kita rugi..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram