Salam Cemerlang,
Saya masih ingat lagi setahun selepas saya tamat tingkatan 6 atas (1996), saya ada membeli buku motivasi terhebat iaitu Berani Gagal karya Saudara Billi Lim.. Kalau tak silap pada tahun 1997.. Di dalam buku itu, penulis tanpa segan silu menerangkan bahawa beliau pernah gagal dalam perniagaan sebelum bangkit menjadi cemerlang. Buku itu sungguh tulus penyampaiannya..
Bagi kebanyakan daripada kita, barangkali akan menyorokkan kisah kegagalan lalu dan hanya bercerita mengenai kejayaan kejayaan kejayaan sahaja sehingga menampakkan kepada orang lain bahawa kita ini hebat tanpa pernah gagal pun.. Jangan pula kisah kejayaan itu hanya hasil daripada pembacaan buku dari luar negara dan diterjemah menjadi seakan kisah sendiri..
Barangkali kita malu untuk bercerita mengenai pengalaman lalu kita. Yang sebenarnya, kisah yang tidak berapa laku itulah yang ingin diketahui orang, tentang bagaimana kita asal daripada tiada siapa menjadi seseorang. Kisah sebegitulah yang ingin dijadikan inspirasi untuk kejayaan orang lain. Kita tidak henti henti mengatakan kejayaan kejayaan kejayaan tanpa pernah memberitahu berapa kali kita gagal. Ada yang menjadikan kejayaan kejayaan kejayaan hebat hebat hebat sebagai satu program atau kursus yang diperdagangkan dan orang lain perlu membayar untuk mengetahui kisah kejayaan kejayaan kejayaan tersebut.. Tuluskah program atau kursus itu? Adakah ia didasarkan kepada kejayaan kejayaan kejayaan yang memang pernah terjadi?
Salah seorang daripada abang saudara kepada isteri saya pernah gagal dalam perniagaan sebelum beliau hidup senang lenang sekarang tetapi tidak pernah mengadakan program berbayar untuk mengetahui kisah kejayaannya. Saya pernah berbual mengenai kisah kejayaan perniagaan di rumah beliau sahaja sambil minum teh tanpa bayaran! Beliau pernah menyuarakan samada yang menjual kisah itu benar-benarkah pernah berniaga seperti beliau yang sudah menjalankan perniagaan sejak 35 tahun yang lepas?
Kita patut disegarkan dengan kisah kegagalan juga. Bukan sekadar gagal dalam percaturan perniagaan, tetapi gagal dalam hidup seperti pernah mendapat keputusan tidak cemerlang dalam peperiksaan atau pernah beberapa kali memohon memasuki universiti tetapi tidak putus asa untuk memohon lagi walaupun tiga empat kali, atau mungkin juga semasa remaja hidup dalam kesukaran dan terpaksa bekerja di restoran makanan segera bagi meringankan beban ibubapa.. Berapa ramai antara kita yang berani bercerita mengenai kisah susahnya pada masa lalu?
Hanya yang pernah mendaki Helipad, FRIM sahaja yang tahu betapa sengsaranya mendaki bukit tersebut..
Hanya yang pernah mendaki Helipad, FRIM sahaja yang tahu betapa sengsaranya mendaki bukit tersebut..
0 comments:
Post a Comment