Salam Cemerlang,
Sebelum kita berpuas hati dengan hasil kejayaan yang telah kita kecapi dan mula hendak menjual intipati kejayaan kita itu kepada orang lain yang boleh menghasilkan wang untuk menyara kehidupan kita, tanyalah dahulu diri kita jauh di lubuk hati, adakah kejayaan kita perolehi dan sedang kecapi itu adalah hasil usaha kita sebenarnya?
Secara logik akalnya, mungkin kita akan terus berkata " 'YA', itulah kejayaan saya selepas saya berusaha keras untuk mendapatkannya dan melalui pelbagai liku-liku yang mencabar untuk mengecapi kejayaan yang mungkin sukar untuk dicapai tanpa bantuan dan dorongan isteri/suami, keluaga dan rakan-rakan seperjuangan..! Anda ingin mengetahui rahsianya? Datanglah ke program yang akan saya anjurkan pada hujung bulan ini! Yuran program cuma RM 300 sahaja.. Tempat adalah terhad! Tempah tempat anda segera"
Benar, kita telah berusaha dan berjaya.. Apa lagi yang kita boleh lakukan? Bersyukur dan berpuas hati dengan hasil usaha yang telah dijalankan selama ini? Bersyukur itu wajib, dan lebih penting sekali ialah kita mesti menganggap bahawa kejayaan kita selama ini bukanlah milik kita, sebenarnya ia adalah milik Allah! Berdebar bukan? Pernahkah kita berbisik bahawa 'Saya telah berusaha keras selama ini'? Selama ini kita sangka bahawa kita telah berusaha dan sewajarnya kita berhak mendapat kejayaan yang gilang gemilang. Usaha itu tangga kejayaan, bak kata orang lama.
Namun sebenarnya kita silap, apa sahaja yang terletak di badan kita, pada nama kita, pada rumah kita, pada perjalanan usia kita, semuanya adalah milik Allah! Allah yang membenarkan semua itu terjadi.. Apa akan terjadi sekiranya Allah tidak membenarkan semua itu terjadi? Jika Allah tidak mengizinkan kita menempa kejayaan, bermakna kita tidak boleh mendapat kejayaan itu dan Allah Maha Mengetahui sebab-sebab tidak diizinkan kejayaan tersebut.
Kita tetap wajib bersyukur kalaupun kita tidak segemilang orang lain yang dianggap sebagai 'INSAN HEBAT' dikalangan orang-orang yang cemerlang kerana Allah Maha Mengetahui sebab-sebab belum diizinkan kita menempa sebarang kegemilangan. Kerana kegemilangan yang dianggap sebagai ditempa oleh 'orang-orang hebat' bukanlah milik mereka secara mutlak, tetapi ia sebenarnya adalah ujian daripada Allah SWT. Allah mahu menguji orang-orang yang kita anggap sebagai 'Hebat' itu untuk melihat sejauhmana tanda kesyukuran orang-orang yang diuji itu kepada Allah.
Tiada istilah "Kejayaan yang saya kecapi hari ini adalah hasil usaha keras saya selama 7 tahun ini", TIDAK ADA! Usaha keras yang dikatakan itupun sebenarnya adalah dengan izin Allah yang mengizinkannya untuk mempu berkudrat untuk bergerak ke sana kesini. Bagaimana kalau sekiranya dia tidak diizinkan Allah untuk memiliki kemampuan fizikal dan koma selama beberapa lama? Kekuatan yang dimiliki itu juga adalah dengan izin Allah. Tempoh berusaha selama 7 tahun yang dikatakan itu sebenarnya juga adalah kerana izin Allah yang membenarkan usianya panjang sehingga ke hari ini. Apa kata kalau Allah tidak mengizinkan semua itu? Adakah 'orang-orang hebat' boleh menempa sebarang kejayaan?
Berbaliklah kepada asal. Baliklah kepada fitrah.. Back to basic. Berbaliklah kepada Sang Pencipta Seluruh Alam Raya ini. Kita sebenarnya hanyalah insan kerdil di hadapan Allah SWT. Sedangkan para malaikat yang lebih mulia, memiliki sayap yang besarnya dari timur ke barat dan lebih banyak amal ibadat mereka pun sentiasa tunduk kepada Allah SWT. Inikan pula kita yang tidak mempunyai sayap sebesar sebuah negeri pun. Semua yang kita miliki adalah milik Allah SWT dan tidak patutlah kita mengatakan walaupun perkataan 'kejayaan saya pada hari ini kerana saya pernah membuat keputusan (make a right decision) yang betul beberapa tahun dahulu' melainkan berkata, 'kejayaan ini bukan saya yang punya, saya cuma mengusahakannya sahaja, Allah yang punya semua ini..'
Barangkali kita sudah tersilap tafsir mengenai 'kejayaan' yang kita kecapi, maka bersama-samalah kita beristighfar.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Wallahua'lam
Amay Hamidi
Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment