Salam Cemerlang,
Perbincangan saya dengan seorang guru kaunseling di sebuah sekolah elit di pinggir Kuala Lumpur pagi ini telah menjerumuskan saya ke sebuah lembah pemikiran yang dalam mengenai senario para pelajar sekolah sekarang. Pelbagai input yang saya terima telah dicanaikan dalam fikiran sehingga tergaul-gaul semuanya.
Generasi Y dan Z lebih agresif berbanding kita dulu. Agresif di dalam proses pembelajaran, keinginan untuk bersaing, perhubungan akrab sesama rakan adalah antara perkara positif yang berlaku di kalangan pelajar. Namun, kesan pembangunan sejagat pula telah menyebabkan corak dan gaya pemikiran mereka nyata berbeza. Pergaulan bebas antara sahabat berlainan gender, merokok, sahsiah diri yang perlu diperbetulkan adalah antara perkara yang perlu dipandang serius.
Banyak lagi input yang saya terima, namun tidaklah saya mampu untuk membincangkan kesemuanya di dalam forum yang kecil ini.
Banyak lorong yang boleh diterokai dan dilalui oleh seseorang konsultan sekiranya ingin membantu pihak sekolah menangani cabaran-cabaran mendatang dalam dunia pendidikan kini. Asasnya ialah, niat kena ikhlas, bantuan kepada para pelajar perlu diberi, bukanlah sangat wang menjadi misi..
0 comments:
Post a Comment