Adakah Motivasi Memaparkan Perkara Yang Indah Sahaja?

Semasa mengeteh dan berbual mengenai program motivasi, program latihan dan pengalaman kehidupan bersama ex-boss saya di tempat kerja lama sebentar tadi, beliau memberitahu saya satu ilmu yang berkaitan dengan pegangan teori motivasi berdasarkan sains, bahawa setiap yang baik, ada buruknya. Siang ada malam, manis ada pahit, kuat ada lemah.. Itulah kehidupan. Teori motivasi yang 'manis-manis belaka' sebenarnya berbahaya..

Bayangkan kalau saya setiap hari menggesa anda perkara-perkara yang baik sahaja dan menutup mata pada perkara yang negatif (kerana takut anda lari daripada membaca motivasi yang saya tulis), anda akan terpesona dengan setiap bait perkataan saya yang mendayu-dayu mengenai motivasi tetapi terlupa bahawa dalam kehidupan ini, anda perlu fikirkan juga mengenai kesan-kesan buruk, adakah kita semua akan lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang tidak baik?

Arwah ibu saya pernah berkata kepada saya, yang buruk dan negatif itulah yang perlu difikirkan kerana yang baik dah tentulah akan jadi baik. Yang buruk tu kena difikirkan supaya kita lebih bersedia untuk menghadapinya.. Terlalu berfikir mengenai baik sahaja, itu motivasi 'cari makan' namanya..

Dan Timeline/Wall FB saya selama ini memang pun diwarnai dengan pelbagai cerita iaitu merangkumi cerita motivasi, fotografi, basikal, kasut Converse, isu semasa, foto saya memakai t-shirt yang sempoi sahaja dan tidak menumpukan hanya kepada motivasi menggoda dengan cerita-cerita yang baik-baik belaka sahaja. Harapan saya agar anda semua bolehlah menerima cara saya itu.. Kerana kita ini adalah manusia..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram