Salam Cemerlang,
Kadangkala kita berbelah bagi dengan keputusan yang kita ingin buat. Maksudnya ialah, menjalankan tindakan atau meneruskan tindakan bagi keputusan yang telah kita kaji buruk baiknya dan telah kita tetapkan sebagai satu keputusan yang nekad. Seringkali terjadi begitu kerana KITA MEMANDANG PERKARA LAIN YANG MENJADI ALTERNATIF! Barangkali alternatif itu lebih murah, lebih hebat, lebih baik atau lebih cantik..
Kalau kita seorang yang rigid, kita akan tetap dengan keputusan yang telah dibuat tanpa mahu mengubahnya biar apapun terjadi. Namun sebenarnya, kita boleh mengubah keputusan dalam ruang lingkup keputusan asal yang telah dibuat. Asalkan ianya tidak begitu lari daripada matlamat kita di depan, kita boleh melakukan perubahan, penambahbaikan dan sebagainya demi untuk diri kita dan masa depan kita!
Kita boleh saja kerana ianya melihatkan perihal kehidupan kita. Susah senang akibat keputusan yang kita buat sebenarnya kita yang menanggung kesannya. USAH BERIKAN LALUAN KEPADA KEPUTUSAN KITA DITENTUKAN OLEH ORANG LAIN! Kita boleh mengambil iktibar, cadangan, laluan dan kritikan, namun KEPUTUSAN AKHIR AKAN DIBUAT OLEH KITA SENDIRI selepas mengetahui segala pro dan kontra sesuatu perkara sebelum keputusan dibuat.
0 comments:
Post a Comment