Perjuangan Belum Lagi Selesai..

Salam Cemerlang,

Selalunya kita takut kepada perkara yang belum terjadi, yang uncertain, yang mungkin juga tidak akan terjadi. Ini kerana kita bersikap berhati-hati dan sentiasa mahu berada di dalam keadaan yang selamat. Kita mahukan sesuatu yang pasti di dalam kehidupan walaupun ianya belum pasti. 

Pernahkah kita terfikir, suatu contoh yang baik, semasa kita membeli kereta, adakah kita memikirkan bahawa kita mampu membayarnya sehingga habis, atau paling kurang, sehingga ianya berjaya kita jual? Adakah kita yakin bahawa kita akan hidup sempurna selama 7 tahun pembayaran kereta kita itu lantas kita berani membuat hutang yang tinggi hanya untuk kereta?

Tiada sesuatu yang mustahil terjadi di hadapan. Kita inginkan kebaikan. Kita inginkan kerjaya kita bertahan sehingga ke usia 55 tahun. Namun adakalanya, kita dicabar oleh sesuatu yang kita tak mampu selesaikan walaupun baru 5 tahun bekerja di sesebuah organisasi. Tidak sampai ke usia 55 tahun, 5 tahun kita sudahpun keluar daripada tempat kerja kita.

Maksudnya di sini ialah, garisan usia kita sehingga ke usia 75-85 tahun (in sha Allah, semoga kita panjang usia) adalah dipenuhi oleh perjuangan! Perjuangan ini tidak boleh ditamatkan dengan kegagalan. Kita perlu bangkit sentiasa dan mengingatkan diri kita bahawa perjuangan kita masih ada dan belum selesai. Walau kita bekerja dengan orang lain atau bekerja sendiri, setiap saat adalah perjuangan yang berterusan. Matlamat mungkin berbeza antara kita, tetapi matlamat akhirat perlu diletakkan di hadapan kita agar kita sentiasa ingat bahawa 'NOTHING IS PERMANENT' di dunia ini. Sedangkan lens kamera DSLR kita pun tidak kekal dengan kita, inikan pula dunia yang lebih besar ini.

Sekali lagi, penuhilah usia yang dipinjamkan kepada kita sementara di dunia ini dengan perjuangan yang tulus ikhlas dan bermatlamat akhirat, sekurang-kurangnya manfaat daripada setiap pekerjaan kita mendapat redha Allah hendaknya, Amin..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram