Kalau Saya Saudagar Ilmu

Salam Cemerlang,

Saya teringat dan akan sentiasa mengingat suatu perkara penting di dalam bisnes, yang saya canaikan daripada ajaran guru bisnes yang saya amat sanjungi, yang berbunyi lebih kurang begini "menjual perkara atau produk yang memberi manfaat kepada orang lain"

Barangkali perkhidmatan yang saya tawarkan kepada sekolah, universiti dan syarikat korporat adalah perkhidmatan yang membuatkan saya lambat kaya, tetapi saya amat puas kerana saya dapat rasakan yang saya memberikan sedikit (kalau tidak banyak manfaat) kepada ramai pelajar (setakat ini).

Saya tidak 'langgar' apa sahaja bisnes yang saya rasakan sebagai peluang atau lubuk buat duit kerana mengejar duit bukanlah satu kepuasan sejati, tetapi hanya dapat 'lelah'. Saya mengetahui bahawa rezeki adalah kurniaan Allah dan biarlah saya mencari rezeki daripada perkhidmatan yang mendapat keredhaan Allah.

Ya, anda mungkin mengenali saya sebagai pemain kamera DSLR, pemain kereta Turbo, pengayuh basikal, penulis buku, Pustakawan dan juga seorang inspirator, tetapi sayang sekali saya tidak menawarkan 'kelas pengajian' untuk semua itu, kerana saya tidak 'menjual ilmu'.. 

Sehingga sekarang ada juga rakan yang merujuk kepada saya mengenai kereta sebelum mereka menukar enjin kereta daripada enjin standard kepada enjin Turbo kerana takut tertipu. Ada pula yang masih bertanyakan saya kamera apakah yang sesuai dengan mereka. Ada beberapa pelajar yang inginkan motivasi daripada saya dan saya berikan begitu sahaja. Saya memberikan tips secara percuma saja walaupun melalui perbualan di Whatsapp.. Kerana ilmu itu milik Allah.. Saya ke sekolah untuk program dan dibayar upah yang termampu oleh sekolah-sekolah cuma sekadar untuk 'memindahkan' pengalaman hidup saya untuk dikongsi dan dimanfaatkan oleh para pelajar.

Apa akan jadi sekiranya setiap bidang yang saya ketahui dan pakari itu saya jual ilmunya melalui bengkel, e-book, seminar semata-mata untuk menjadi lebih kaya? Ya, tentu sekarang saya memiliki banyak wang di dalam akaun bank saya.. Saya mungkin memandu BMW E90 atau menunggang motosikal BMW R1200. Malangnya saya tidak melakukan hal sebegitu..


0 comments:

Post a Comment

My Instagram